Monday, August 31, 2009

Pengemis Tua

Seorang pengemis tua
Berseluar lusuh berbaju comot
Menadah tangan meminta-minta
Di kota yang hamis
Di desa yang manis

Namun
Suaramu yang merayu-rayu
Tiada siapa yang peduli
Kau terus mengemis
Caci maki kau terima
Bagai hadiah sebuah anugerah

Dulu
Ketika usiamu muda
Kau lupa dunia
Kau tamak
Kerana kau berharta
Tidak terbayang nasibmu pada hari tua

©Anis Sohaira Bt. Mohamad Sofian

No comments:

Post a Comment