Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap sorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maafkanku andai kataku menyakitkan.
Senyumlah sahabat..
segaris senyuman dan serilah wajah,
Walaupun pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang yang tabah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
©MIR KAMILA BT ABD RAHMAN
MRSM MERBOK 09
Monday, August 31, 2009
NYAWA DUNIA
Tercalar rantai pusaka,
Terguris jiwa raga,
Menyaksikan nista durja,
para remaja yang alpa,
Diulit cermin dunia,
Ah!
Rakusnya jari manusia,
Merebut kemewahan sementara,
Rejaman kuasa media,
Menabur fitnah semata-mata,
Sedarkah mereka?
Bumi semakin tua,
Tidak!
Manusia tidak pernah lupa,
Tetapi gemar berpura-pura,
Apabila ditanya semua,
Petahnya berbicara,
Sayangnya sekadar suara.
©Maryam Ahmad
MRSM MERBOK 09
Terguris jiwa raga,
Menyaksikan nista durja,
para remaja yang alpa,
Diulit cermin dunia,
Ah!
Rakusnya jari manusia,
Merebut kemewahan sementara,
Rejaman kuasa media,
Menabur fitnah semata-mata,
Sedarkah mereka?
Bumi semakin tua,
Tidak!
Manusia tidak pernah lupa,
Tetapi gemar berpura-pura,
Apabila ditanya semua,
Petahnya berbicara,
Sayangnya sekadar suara.
©Maryam Ahmad
MRSM MERBOK 09
BAWAH TAPAK KAKI
Saat infantisid menjadi budaya
Maka berlimpahlah bayi-bayi suci
Menjadi korban si dewasa
Akal bawah tapak kaki.....
Dalam longkang hanyir
Di tengah pokok-pokok sawit
Digigit,dimamah tubuh kesejukan itu
Maka menangis, meraung si kenit
Sehingga bisu.....
Tatkala sungkur menyembah
Nafsu syaitan
Tidak terfikirkah kalian.....
Syaitan bertopengkan insani
Akan nasib anak comel itu
Setidak-tidaknya....
Berilah ia peluang menikmati
Alam ciptaan Tuhan
Berilah ia kesempatan mendengar
Kicau burung, merdu lagu,
Deruan ombak, desiran angin,
Juga merasa hangat pancaran mentari...
Berilah si kecil itu kehidupan
Walau hanya dengan sehelai kain
Membalut tubuh menggigil.....
©NurSyazwani
MRSM MERBOK 09
Maka berlimpahlah bayi-bayi suci
Menjadi korban si dewasa
Akal bawah tapak kaki.....
Dalam longkang hanyir
Di tengah pokok-pokok sawit
Digigit,dimamah tubuh kesejukan itu
Maka menangis, meraung si kenit
Sehingga bisu.....
Tatkala sungkur menyembah
Nafsu syaitan
Tidak terfikirkah kalian.....
Syaitan bertopengkan insani
Akan nasib anak comel itu
Setidak-tidaknya....
Berilah ia peluang menikmati
Alam ciptaan Tuhan
Berilah ia kesempatan mendengar
Kicau burung, merdu lagu,
Deruan ombak, desiran angin,
Juga merasa hangat pancaran mentari...
Berilah si kecil itu kehidupan
Walau hanya dengan sehelai kain
Membalut tubuh menggigil.....
©NurSyazwani
MRSM MERBOK 09
Segalanya Dalam Kenangan
Teman,
Tiga musim nan berlalu mengukir bicara,
Apabila pertemuan suci mesra terlaksana,
Dengan kata nan indah bersama ungkapan,
Salam manis dan sekuntum senyuman,
Menjadi sapaaan menyuburkan benih persahabatan,
Berumpun kerelaan berakar kesetiaan,
Berbunga kemesraan dan berdaun kejujuran.
Teman,
Di sini adalah bumi harapan yang menghidupkan,
Seribu impian diselangi,
Gelak tawa dan gurau senda teman-teman,
Seperjuangan kita terus setia dalam melakarkan gambaran,
Pelangi tujuh lapisan warna,
Mengarang melodi dan melabuh tirai senyuman,
Di pelabuhan silaturrahim,
Teman,
Kini dalam pelarian waktu kita telah terpisah,
Namunku mengharapkan ikatan ukhuwah ini,
Akan tersimpul erat dalam kurniaan perasaan,
Lantaran itu ingatlah pada daerah ini,
Kesepian pasti menyira kekosongan di kamar hati,
Tetapi mengertilah kau harus tabah dan tega,
Melangkah jauh dan memilih haluanmu sendiri.
©Ain Munirah Mohd. Rosli
MRSM MERBOK 09
Tiga musim nan berlalu mengukir bicara,
Apabila pertemuan suci mesra terlaksana,
Dengan kata nan indah bersama ungkapan,
Salam manis dan sekuntum senyuman,
Menjadi sapaaan menyuburkan benih persahabatan,
Berumpun kerelaan berakar kesetiaan,
Berbunga kemesraan dan berdaun kejujuran.
Teman,
Di sini adalah bumi harapan yang menghidupkan,
Seribu impian diselangi,
Gelak tawa dan gurau senda teman-teman,
Seperjuangan kita terus setia dalam melakarkan gambaran,
Pelangi tujuh lapisan warna,
Mengarang melodi dan melabuh tirai senyuman,
Di pelabuhan silaturrahim,
Teman,
Kini dalam pelarian waktu kita telah terpisah,
Namunku mengharapkan ikatan ukhuwah ini,
Akan tersimpul erat dalam kurniaan perasaan,
Lantaran itu ingatlah pada daerah ini,
Kesepian pasti menyira kekosongan di kamar hati,
Tetapi mengertilah kau harus tabah dan tega,
Melangkah jauh dan memilih haluanmu sendiri.
©Ain Munirah Mohd. Rosli
MRSM MERBOK 09
Persahabatan
Berapa banyak ujian yang harus ditempuhi
Adakah selamanya harus begini
Mungkinkah ini dugaan ilahi
Betapa aku mengharap datangnya kebahagian
Daripada secebis senyuman
Mungkinkah ada kekesalan
Dalam setiap tangisan
Kesunyian yang menyapa hati
Kerap kali kau tangisi
Bilakah penderitaan akan akhiri
Adakah sehingga aku menemui mati
Sekiranya aku pergi menemui ilahi
Aku mahu semua ketahui
Betapa derita aku tanggungi
Akanku semat dalam hati
Percayalah wahai sahabatku
Aku tak pernah berkata palsu
Sekiranya aku menipu
Hanya mahu kamu tersenyum
Jangan diragukan nilai persahabatanku
Salah faham yang bertandang biarlah berlalu
Mimpi yang datang hanya mainan tidurmu
Usah dikenang hingga mengganggu fikiranmu..
©Sharifah Nooraishah bt Syed Mohd Zainol
MRSM MERBOK 09
Adakah selamanya harus begini
Mungkinkah ini dugaan ilahi
Betapa aku mengharap datangnya kebahagian
Daripada secebis senyuman
Mungkinkah ada kekesalan
Dalam setiap tangisan
Kesunyian yang menyapa hati
Kerap kali kau tangisi
Bilakah penderitaan akan akhiri
Adakah sehingga aku menemui mati
Sekiranya aku pergi menemui ilahi
Aku mahu semua ketahui
Betapa derita aku tanggungi
Akanku semat dalam hati
Percayalah wahai sahabatku
Aku tak pernah berkata palsu
Sekiranya aku menipu
Hanya mahu kamu tersenyum
Jangan diragukan nilai persahabatanku
Salah faham yang bertandang biarlah berlalu
Mimpi yang datang hanya mainan tidurmu
Usah dikenang hingga mengganggu fikiranmu..
©Sharifah Nooraishah bt Syed Mohd Zainol
MRSM MERBOK 09
mana maruahmu?
Di sini ketika tiba,
ada suara keramat menyambut,
menjentik naluri insani.
namun pasti,
tanda calar masih berbekas
kerana kau insan yang dusta.
kenapa kau alpa?
kenapa kau leka?
sedangkan sakratul maut pasti menunggumu,
semakin hari semakin mewabak,
semakin mengentap jiwa.
wahai sahabat-sahabatku,
bersihkan dirimu,
bersihlah diri dengan kalimah sakral,
kerana ia pembersih dosa-dosa yang hina.
agar suara keramat itu dikeramkan
sewaktu ia tiada disini.
©Izzati
MRSM MERBOK 09
ada suara keramat menyambut,
menjentik naluri insani.
namun pasti,
tanda calar masih berbekas
kerana kau insan yang dusta.
kenapa kau alpa?
kenapa kau leka?
sedangkan sakratul maut pasti menunggumu,
semakin hari semakin mewabak,
semakin mengentap jiwa.
wahai sahabat-sahabatku,
bersihkan dirimu,
bersihlah diri dengan kalimah sakral,
kerana ia pembersih dosa-dosa yang hina.
agar suara keramat itu dikeramkan
sewaktu ia tiada disini.
©Izzati
MRSM MERBOK 09
Al-Kisah Di Lembah Tandus
Khabarnya dari lembaran sirah
tercetera keangkuhan Abrahah
terbit memuncak di bumi Habsyah
kebencian menjalar di lembah tandu
slalu memacu angkatan bergajah
nawaitu mahu menyelapak kota Kaabah
agar kiblat berkalih ke gereja
ekstrim munafik !
Firasat kaum kafirun
tiada siapa yang mampu menentang mereka
kerana tidak sedardi sebalik bukit berpasir
yang sering berubah-ubah
akibatnya amarah Pemilik Kaabah
lalu di situ
langit tidak berbumbung meluruhkan
tanah-tanah berapi
melumatkan keangkuhan seteru
yang berjiwa laknat.
Kisah di tahun gajah
dijadikan pedoman zaman-berzaman
buat tatapan manusia yang mengaku
dirinya terlalu agung !
© Azizi Afiq
MRSM MERBOK 09
tercetera keangkuhan Abrahah
terbit memuncak di bumi Habsyah
kebencian menjalar di lembah tandu
slalu memacu angkatan bergajah
nawaitu mahu menyelapak kota Kaabah
agar kiblat berkalih ke gereja
ekstrim munafik !
Firasat kaum kafirun
tiada siapa yang mampu menentang mereka
kerana tidak sedardi sebalik bukit berpasir
yang sering berubah-ubah
akibatnya amarah Pemilik Kaabah
lalu di situ
langit tidak berbumbung meluruhkan
tanah-tanah berapi
melumatkan keangkuhan seteru
yang berjiwa laknat.
Kisah di tahun gajah
dijadikan pedoman zaman-berzaman
buat tatapan manusia yang mengaku
dirinya terlalu agung !
© Azizi Afiq
MRSM MERBOK 09
Ya Abi
Ya abi yang dirindui
ingatkah engkau saat kita bergembira
saat kau menyatakan asal usulmu
tika aku masih kecil
tika engkau cergas bekerja
tapi kini pasti engkau lupa
bukan kerna engkau alpa
tapi kerna ujian yang diberi oleh yang Maha Esa
yang menyayangi kita sekeluarga
Ya abi yang dicintai
engkau tak mampu berbicara
tak berdaya untuk bekerja
tak terdaya untuk memaparkan kasih sayangmu kepada kami sekeluarga
tapi apakan dayamu
engkau hanyalah seorang hamba-nazihah
seorang hamba yang hina
yang menerima takdir ini dengan redha
Ya Alim
Egkau Maha Mengetahui
Maha Melihat lagi Maha Mendengar
pasti Ya Rab dapat mengetahui perasaanku
yang amat merindui si abi yang dulu
yang ingin melihat abi seperti dulu
sihat cergas dan sentiasa mengingati namaku
Ya Rahman Ya Rahim
aku pohon kepadaMu
berilah abi aku kesihatan
berilah abi aku kekuatan
sesungguhnya dia amat memerlukan
© Nazihah
MRSM MERBOK 09
ingatkah engkau saat kita bergembira
saat kau menyatakan asal usulmu
tika aku masih kecil
tika engkau cergas bekerja
tapi kini pasti engkau lupa
bukan kerna engkau alpa
tapi kerna ujian yang diberi oleh yang Maha Esa
yang menyayangi kita sekeluarga
Ya abi yang dicintai
engkau tak mampu berbicara
tak berdaya untuk bekerja
tak terdaya untuk memaparkan kasih sayangmu kepada kami sekeluarga
tapi apakan dayamu
engkau hanyalah seorang hamba-nazihah
seorang hamba yang hina
yang menerima takdir ini dengan redha
Ya Alim
Egkau Maha Mengetahui
Maha Melihat lagi Maha Mendengar
pasti Ya Rab dapat mengetahui perasaanku
yang amat merindui si abi yang dulu
yang ingin melihat abi seperti dulu
sihat cergas dan sentiasa mengingati namaku
Ya Rahman Ya Rahim
aku pohon kepadaMu
berilah abi aku kesihatan
berilah abi aku kekuatan
sesungguhnya dia amat memerlukan
© Nazihah
MRSM MERBOK 09
Pengemis Tua
Seorang pengemis tua
Berseluar lusuh berbaju comot
Menadah tangan meminta-minta
Di kota yang hamis
Di desa yang manis
Namun
Suaramu yang merayu-rayu
Tiada siapa yang peduli
Kau terus mengemis
Caci maki kau terima
Bagai hadiah sebuah anugerah
Dulu
Ketika usiamu muda
Kau lupa dunia
Kau tamak
Kerana kau berharta
Tidak terbayang nasibmu pada hari tua
©Anis Sohaira Bt. Mohamad Sofian
Berseluar lusuh berbaju comot
Menadah tangan meminta-minta
Di kota yang hamis
Di desa yang manis
Namun
Suaramu yang merayu-rayu
Tiada siapa yang peduli
Kau terus mengemis
Caci maki kau terima
Bagai hadiah sebuah anugerah
Dulu
Ketika usiamu muda
Kau lupa dunia
Kau tamak
Kerana kau berharta
Tidak terbayang nasibmu pada hari tua
©Anis Sohaira Bt. Mohamad Sofian
HIKMAH DERITA
Sudah 52 tahun
Titik-titik hitam kian pudar
Warna-warna derita
Mengajar erti perjuangan .
Walaupun aku tidak pernah merasa
Dan tidak sekali ku alami
Titik hitam itu
Namun...
Takkan pernah ku lupa
Dan terlena
Kerana aku tahu erti sengsara.
Aku generasi baru
Bakal mencorak titik baru
Yang akan mencorak
Warna pelangi di bumi pertiwi .
©NURUL FARMIRA ZAKARIA
Titik-titik hitam kian pudar
Warna-warna derita
Mengajar erti perjuangan .
Walaupun aku tidak pernah merasa
Dan tidak sekali ku alami
Titik hitam itu
Namun...
Takkan pernah ku lupa
Dan terlena
Kerana aku tahu erti sengsara.
Aku generasi baru
Bakal mencorak titik baru
Yang akan mencorak
Warna pelangi di bumi pertiwi .
©NURUL FARMIRA ZAKARIA
31 Ogos 1957
31 Ogos 1957
Engkau menamatkan titik penderitaan
setelah nyawa menjadi korban
setelah anak-anak kehilangan kulwangsa
sedikit sebanyak membuatkan jiwa terasa lega.
31 Ogos 1957
Menjadi permulaan kepada yang jatuh untuk bangkit semula
yang menjajah dinyah dari bumi malaya
yang dikurung di sangkar sendiri
terbang bebas bak burung di angkasa.
31 Ogos 1957
Menjadi tanda alpukan pemimpin malaya
menjadi tanda pengorbanan penduduk malaya
habis berpeluh untuk mendapatkan kemerdekaan
teruskan alpukan wahai anak bangsaku.
Merdeka!Merdeka!Merdeka
©MOHD KHIRRAMADHAN B BAHARI
Engkau menamatkan titik penderitaan
setelah nyawa menjadi korban
setelah anak-anak kehilangan kulwangsa
sedikit sebanyak membuatkan jiwa terasa lega.
31 Ogos 1957
Menjadi permulaan kepada yang jatuh untuk bangkit semula
yang menjajah dinyah dari bumi malaya
yang dikurung di sangkar sendiri
terbang bebas bak burung di angkasa.
31 Ogos 1957
Menjadi tanda alpukan pemimpin malaya
menjadi tanda pengorbanan penduduk malaya
habis berpeluh untuk mendapatkan kemerdekaan
teruskan alpukan wahai anak bangsaku.
Merdeka!Merdeka!Merdeka
©MOHD KHIRRAMADHAN B BAHARI
Sunday, August 16, 2009
SAJAK
KERIS BERWARIS
Empat abad
Empat dekad
Daulat tergugat
Tercabul maruah ketuanan
Terjajah di bumi pusaka
Darah, air mata
Keringat, jiwa dan raga
Kering, berkeruping, berkeping-keping
Keris kehilangan bisa
Waris kehilangan harga
Alfonso de Albuquerque
Jambatan kolonialisasi kolonial
Meratah haloba
Meratah rakus keringat kita
Demi sumpah
Kata keris, pusaka berwaris
Merungkai belenggu kehinaan
Mencanai bangsa berperadaban
Lewat dulang
Kemerdekaan luhur
Ogos 31
Warna ceria
Untuk warisan bumi bertuah
Bisa, pulang ke keris
Harga, pulang ke waris
Demi kesyukuran dan ketamadunan
Genggamlah dengan erat
Jangan lagi dilepaskan
Bebas, MERDEKA.
Keris, berwaris.
Nukilan rasa,
© Aqillah bt Baharuddin
MRSM Merbok 2009
Empat abad
Empat dekad
Daulat tergugat
Tercabul maruah ketuanan
Terjajah di bumi pusaka
Darah, air mata
Keringat, jiwa dan raga
Kering, berkeruping, berkeping-keping
Keris kehilangan bisa
Waris kehilangan harga
Alfonso de Albuquerque
Jambatan kolonialisasi kolonial
Meratah haloba
Meratah rakus keringat kita
Demi sumpah
Kata keris, pusaka berwaris
Merungkai belenggu kehinaan
Mencanai bangsa berperadaban
Lewat dulang
Kemerdekaan luhur
Ogos 31
Warna ceria
Untuk warisan bumi bertuah
Bisa, pulang ke keris
Harga, pulang ke waris
Demi kesyukuran dan ketamadunan
Genggamlah dengan erat
Jangan lagi dilepaskan
Bebas, MERDEKA.
Keris, berwaris.
Nukilan rasa,
© Aqillah bt Baharuddin
MRSM Merbok 2009
Saturday, August 1, 2009
Hidupku Dalam TanganMU
Banyak persoalan yang terlintas dalam fikiran kita setiap hari... namun Firman Tuhan yang saya pelajari hari ini menguatkan saya untuk terus hidup kuat di dalamNYA...
Matius 7:7 - Minta, Cari, dan Ketuk (pintu)... dan persoalan kita akan dijawab mengikut kehendakNYA... kehendakNYA pasti yang terbaik untuk kita... walau pun kadang-kadang bukan seperti yang kita harapkan tetapi percayalah bahawa DIA akan memberikan yang terbaik... kalau manusia mampu memberikan sesuatu yang baik kepada kita, apa lagi DIA yang penuh dengan kasih dan rahmatNYA yang tidak pernah berkesudahan....
Saturday, January 31, 2009
God's Purpose For Your Life
Perhatikan baik-baik kehidupan kita. Bersyukurlah kepada Tuhan akan setiap perkara yang ada pada kita. Setiap orang ada tujuan hidupnya yang telah ditentukan oleh Tuhan... jadi, cari arah tujuan hidupmu yang sebenar di dalam Tuhan.
Thursday, January 22, 2009
Welcome to my blog...

Terima kasih kerana melawat blog ini..
harap mendapat manfaat daripada blog ini... kalau ada apa-apa nak dikongsikan bersama, jangan segan, jangan silu... kongsikan dan kita peroleh manfaat bersama....
Saya akan mencuba sedapat yang boleh untuk memuat turun hal-hal yang berfaedah untuk kehidupan...
Subscribe to:
Posts (Atom)